I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 17, 2011

Doa penghindar syaitan

Cara-Cara Hendak Mengelakkan Diri Daripada Gangguan Syaitan.
Syaitan memanglah bertugas untuk menganggu dan mengoda anak Adam sampai hari akhirat. Kita sebagai seorang muslim wajib percaya adanya jin, iblis dan syaitan. Barang siapa yang tidak percaya kewujudan makhuk ini juga akan membawa kepada terjejasnya akidah. Cuma kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t hendaklah faham bahawa mereka juga makhluk Allah seperti manusia , malaikat , binatang, tumbuhan dan makhluk lain yang tidak mempunyai apa-apa kuasa tanpa izin Allah s.w.t. Kita hanya perlu meminta,berharap dan takut kepada Allah s.w.t sahaja. Sesiapa yang meletakkan harapan kepada selain dari Allah s.w.t maka mereka tergolong daripada golongan musyrikin. Kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan syaitan dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Sentiasa berada dalam keadaan berwudu' sepanjang waktu.

* Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t khususnya apabila hendak melakukan sesuatu perkara seperti makan,minum, keluar rumah, naik kenderaan,tidur, bersama isteri dan lain-lain lagi.

* Sentiasa berzikir yakni mengingati Allah s.w.t ( tidak lalai ).

* Sentiasa membaca al-Quran , sekurang-kurangnya 10 ayat sehari kerana syaitan tidak akan mengunjungi rumah yang dibaca dalamnya surah al-Baqarah selama tiga hari. Rumah yang tidak dibaca al-Quraan di dalamnya maka ia dianggap sebagai kubur.

* Sentiasa membaca ayat Qursi,surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.

* Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat kerana ahli maksiat itu sangat digemari oleh syaitan.

* Sentiasa berusaha untuk melakukan segala suruhan Allah s.w.t. ( perkara fardhu seperti solat, tutup aurat dsb)

* Jangan tinggal bersendirian sebaliknya sentiasalah berada dalam kumpulan atau jamaah.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang sunyi.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang gelap.

* Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat kotor ( tandas ).

* Elakkan diri daripada tempat yang terlalu ramai orang seperti pasar.

* Apabila terdengar bisikan atau lintasan daripada iblis hendaklah segera mengingati Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment