I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 16, 2011

sifat perempuan yang dilarang untuk di kahwini

imam al-Ghazali di dlm kitabnya lhya' ulumuddin ada mengatakan ungkapan arab yg bermaksud:

"janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu: annanah,mananah,hananah,haddaqah,barraqah,dan syaddaqah..

1.al-annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yg banyak mengeluh dan mengadu.

2.al-mananah : perempuan yg memberikan sesuatu kpd suaminya (suka mengungkit-ngungkit).sampai suatu masa dia akan mengatakan:"saya telah melakukan utk kamu itu,ini.

3.al-hananah : perempuan yg suka merindui,mengingati bekas suami atau ank dpd bekas suami. (perempuan seprti ini tidak akan menghargai suaminya wlaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya).

4.al-haddaqah : menginginkan setiap prkara dlm perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya utk membayar pembeliannya.

5.al-barraqah : trdapat 2 mkna yg pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nmpk lebih anggun dan mempersona.makna kedua ialah : perempuan yg tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu utk dirinya sendiri.Demikian ialah bahasa penduduk Yaman : telah merajuk perempuan dan telah merajuk kanak apabila dia tidak suka kpd sesuatu makanan.

6.al-syaddaqah : perempuan yg banyak cakap (merepek tak tentu arah).

telah bersabda Rasulullah S.A.W:

"sesungguhnya Allah membenci orang yg banyak cakap tak tentu arahnya." (hadis hassan).


dlm satu ungkapan lain yg bermaksud:

"janganlah kamu menikahi 4 jenis perempuan iaitu al-mukhtali'ah, al-mubarayah (suka akn kemewahan dunia), al-a'hirah (pelacur) dan an-nasyiza (suka melawan).

1.al-mukhtali'ah : perempuan yg sentiasa menuntut cerai dpd suaminya tanpa sebab.

2.al-mubarayah : perempuan yg selalu membanding-bandingkan kebanggaan dirinya dgn orang lain.Berbangga dgn kemewahan dunia.

3.al-a'hirah : perempuan fasiq yg mempunyai ramai teman lelaki dan kawan (pelacur) Firman Allah Taala:

"mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan2 lacur dan bukan pula yg mengambil lelaki sebagai teman simpannya. (An-nisa' ayat : 25)

4.an-nasyiza : perempuan yg meninggikan kata2 dan perbuatannya ke atas suami (suka melawan).

No comments:

Post a Comment