I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 22, 2011

CUBA FAHAMI WANITA!!!

CUBA FAHAMI WANITA......

Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah: 
"... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan 
satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu. "


Bukanlah maksud saya di sini  bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi 
tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi 
psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang: 


- Cara berkomunikasi 
- Cara berfikir 
- Tahap kepekaan dan perasaan 
- Tanggapan 
- Tindakan dan perbuatan 
- Kaedah mempamerkan kasih sayang 
- Kehendak mempamerkan kasih sayang 
- Kehendak dan pengharapan 
- Cara mempamerkan penghargaan 
- Cara dan tahap pengorbanan 
- Cara dan daya khayalan 
- Daya pengamatan dan konsentrasi 
- Cara dan pengisian doa 


Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan 
pasangannya. Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, 
isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. 
Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran 
apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami 
melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. 


Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau 
kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek 
perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah 
merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. 


Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan 
manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. 
Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami. 


Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. 
Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! 


Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan 
menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, 
mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. 


Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang 
perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya 
terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel. 


Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej 
dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat. 


Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala 
emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk 
biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, 
agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu. 

perempuan

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN*Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN*Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. KUASA DOA PEREMPUAN* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

KUASA TAQWA PEREMPUAN* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudianmelatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

Resepi Mahligai Bahgia

Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
2 cawan pati kemanusiaan
.2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
1 cawan rasa kepuasan.
1 cawan budi bahasa.
1 cawan perasaan timbang rasa.
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit campur tangan mertua
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikapdingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.
Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.
Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

ciri-ciri lelaki pilihan

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama.
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup.
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran.
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat.
7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela.
8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik.
9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf.
10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.

5 sifat lelaki yg disukai wanita

1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang.
2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih.
3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan.
4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak.
5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.

hati seorang WANITA~

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

awak kne faham....

awak kena faham...
kenapa saya cemburu tgk awk bahagia bila dgn org lain...
sbb sy sayangkan awk..
cemburu kan tandanya sayang..

awak kena faham...
kenapa saya kadang-kadang merajuk..
sbb sy nakkan perhatian awk..

awk kena faham...
kenapa sya selalu call dan sms awk...
sbb msa tu saya terlau rindukan awk...

awak kena faham...
kenapa kadang-kadang sy buat byk pengorbanan utk awk...
sbb sy nak hidup selamanya dgn awk..

awak kena faham...
kenapa sy selalu minta nasihat dan pertolongan dr awk...
sbb awk kan tulang belaksng saya???

awak kena faham...
kenapa sy slalu ucap terima kasih dkt awk..
sbb sy nak awk tahu yang saya menghargai awak...

awak kena faham...
kenapa saya selalu lambat bila bersiap..
sbb sy bersiap utk menambat hati awk..
bukan org lain...

awak kena faham...
kenapa saya suka sgt mengadu dkt awk..
sbb awk lah segalanya bagi saya...
saya nak awk ja yang tahu..

awak kena faham...
kenapa saya rahsiakan sesuatu dari awk..
sbb sy tak nak awk risau...

awak kena faham...
kenapa saya pergi tanpa memberitahu awk..
sbb mungkin bukan jodoh kita...

sekarang awak faham kan...

Cinta vs Nafsu

Apakah perbezaan antara cinta dan nafsu?
Tubuh kita kadangkala boleh menipu kita, menyebabkan kita rasa seolah-olah kita jatuh cinta dengan seseorang itu, walau yang sebenarnya kita cuma meminati si dia.
Apabila kita mula “jatuh cinta”, kita rasakan ia seperti cinta sebenar. Cinta memberikan maksud yang lebih mendalam yang biasanya datang dengan perhubungan lebih matang. Memanglah ada kes macam cinta romantik di mana tarikan fizikal berada di kemuncak. Kamu dan pasangan semakin gemar bersentuhan fizikal dan mula bereksperimen dan menjadi lebih ingin tahu mengenai seks. Hormon seks dan kimia dalam otak yang membuatkan kamu rasa begini. Bila ia berlaku, kamu mula merasa dorongan seksual dan mula menjadi obsesi dengan pasangan kamu.
Waktu inilah nafsu mula terasa. Kamu bernafsu bila kamu mula memikirkan untuk terlibat secara seksual dengan seorang yang lain. Nafsu memfokuskan terhadap fizikal dan seks, tidak seperti cinta di mana ia memerlukan komitmen dan keserasian yang mendalam. Apabila nafsu berkurangan, saat inilah ujian cinta sebenar akan bermula. Jika kamu menyayangi seseorang itu, tiada sebab kenapa kamu perlu terburu-buru terlibat secara seksual dengannya.