I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 28, 2011

jangan terlalu mencari kesempurnaan

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Alaaaa, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.







nota kaki : dicopy dari belog seorang hamba Allah. (:

jika ikut kata hati


hanya sekadar luahan kata.




Jika ikut kata hati, aku sedang merana
Jika ikut kata hati, aku tak suke begini
Jika ikut kata hati, ingin saja aku menjerit biar seluruh cakerawala mendengar
Jika ikut kata hati, aku sepatotnye bukan di sini. di tempat aku berdiri
Jika ikut kata hati, aku mahu lari. lari dari segala mimpi
Jika ikut kata hati, aku tak suke menjadi aku sekarang.
Jika ikut kata hati, nak je aku tutup mata dan hilang dari pandangan dunia
Jika ikut kata hati, aku tak mampu pikul segalanyaaaa. susahh! berat! sungguh berat!
Jika ikut kata hati, mahu saja aku nyah kan segalanya, supaya aku tahu erti bahagia
Jika ikut kata hati, aku tak mampu lagi menipu diri sendiri bagi kebahagiaan orang lain
Jika ikut kata hati, aku lemah dalam segala perkara
Jika ikut kata hati, ingin saja aku hentikan saja segala lakonan.

dunia,
aku penatt. penat menanggung segalanyaa.
aku gembira, aku ketawa, aku senyum hanya untuk orang yang ada dlm hidupku.tapi apa mereka tahu tentang sakitnya diriku, seksanya batin ku, peritnya jiwaku?

tips jadi seorang yang "COOL"

 
first of all,nak lah bagitahu apa itu cool kann.haa,setelah saya interview dan memaksa encik google kesayangan memberi jawapan..saya dapat simpulkan yang ayat 'cool' ni ada banyakkkk cabang nyeh.tapi dalam entry saya ni saya hanya nak bagitahu tentang cool personality yakni seorang yang tenang,yang selamber,yang relaxxxx jer dalam apa jua keadaaan dan situasi sekalipun.(kalau silap maksud bagitahu lah yee.tegur menegur kan satu amalan yang mulia.hehe)

jadi, bagi diri saya sendiri ada beberapa tips untuk jadi seorang yang mempunyai cool personality :

sila click More untuk tahu selanjutnyaa. hee.


1. Jadi Diri Sendiri

bila kita jadi diri sendiri..set ur mind untuk tidak menjadi orang lain.so potensi untuk menjadi hipokrit sangatlah rendah..bila kita tak jadi hipokrit,orang akan nampak diri kita yang sebenar.so it is cool! tapi kalau diri korang perangai dah macam beruang,agak agak lahh kann.ada yang kena baling penyapu dan segala barang bila korang buat perangai korang.so maksud saya kat sini adalah ubah diri sendiri kepada yang lebih baik dan jadi diri sendiri.tak payah lahhh nak tiru gaya orang ke apa orang buat ke.just do whatever you want tapi ingat! mesti ada limit nye okey. :)

2. Tak Mudah Mengalah

kalau diberi sesuatu tugas kann korang jangan kenal erti putus asa..teruskan buat.walau gagal sekalipun teruskan jugak! cari sumber inspirasi.bina semula semangat baru dan teruskan sampai berjaya.so apa kena mengena nya dengan cool? apa yang saya perati dari kawan kawan saya.bila dia nampak seseorang tu diberi tugasan dan dia gagal separuh jalan dan dia terus give up,mereka akan berkata.he/she is such a loser! so hilang lah cool nye..buat kerja sampai habes tapi ingat! jangan terlalu tergesa gesa..buat slow slow sampai ke penghujung.baru lah cool! 

3. Expect The Unexpected

dalam hidup kita ni memang banyak kejutan kan? stuju tak? mcam macam boleh terjadi.kadang kadang perkara yang kita tak jangka lah selalu nya terjadi.betul tak? pernah tak korang fikir tentang hal ni? bagi saya memang banyak perkara terjadi di luar jangkaan.so kadang kadang bila kita buat sesuatu kita kena jangka perkara yang mustahil berlaku dan cuba untuk prepare perkara yang 'mustahil' berlaku tu.sebab apa? bila ianya terjadi korang takdelah terrrlalu emosi dan buat perkara yang tak betul.korang akan jadi the coolest person jer tau sebab korang dah prepare awal-awal mind korang.nak saya bagi contoh?

situasi nya : korang terjumpa seorang awek ni (saya bagi contoh untuk lelaki lah ye), dan korang rasa dia lah jodoh korang.well,cinta itu buta.fikiran korang mesti yang positif je kan? oh semestinya.love is in the air,ape lagi nak fikir kan? so korang cuba lah merapatkan diri korang ke awek tadi.dan terjalinlah satu persahabatan yang kemudian nya bertukar menjadi kekasih.

cara berfikir : jangan fikir bila dah dapat awek ni,korang sah-sah akan hidup selamanya dengan dia.seolah-olah takde apa yang dapat halang dari korang untuk berpisah..oh jangan sesekali fikir macam ni sebab segala perkara ketentuan ILLAHI.so saya suggest korang fikir lah jugak kalau korang terpisah apa yang korang akan buat,kalau dia hilang apa yang korang akan buat.prepare awal awal supaya takde lah masuk lagi surat khabar tentang 'bunuh diri kerana cinta' , 'melarikan diri kerana terpisah dengan kekasih hati', 'bayi dibuang tanpa belas kasihan' dan sebagainya.

bila terjadi : korang yang dah lama prepare mental dan fizikal, korang akan bertindak tenang dan terima segalanya dengan redha.kan cool tuh! :)

4. Belajar Terima Kenyataan

saya tahu kadang kadang kenyataan yang mengharukan memang susah nak terima.memang amik masa untuk pulihkan hati dan perasaan.cewah! takpe saya faham sebab saya pun dah banyak kali alami.huu haru jee. :( tapi! walau apa apa pun yang berlaku.kita memang kena terima kenyataan dan amik masa seketika untuk berfikiran wajar.jangan bila dah dapat berita buruk dan sebagainya korang terus down sampaikan korang terjebak dengan segala kegiatan yang langsung tak memberi faedah serta kebaikan kat korang.dah macam buang masa je kan..so korang kena berani terima kenyataan! kalau setakat berani buat kerja yang tak elok dan berani langgar perintah ALLAH swt tapi lemah terima kenyataan.korang memang tergolong dalam kalangan manusia yang lemah! so be cool lahh.kuatkan semangat okeh!

5. Fikir Sebelum Bertindak

kadang kadang ada jugak manusia yang bertindak mengikut emosi.dah berpuluh puluh orang saya jumpa type yang macam ni dan kadang kadang saya pun agak tergolong dengan orang yang macam ni.tapi sekarang saya cuba untuk berubah! sebab bagi saya bertindak mengikut emosi dan bukannya mengikut akal adalah sesuatu yang bodoh! buat perkara sebelum berfikir tentang akibat nya,apa yang akan terjadi dan sebagainya memang lah akan jadi lebih teruk dan sudahnya kita jugak yang menanggung seksanya.so it is not cool! sebelum buat sesuatu perkara,fikir dulu segala galanya.then bila dah jelas arahnya baru mula bertindak.tapi ingat! bertindak mengikut akal bukan emosi.baru lah cool! slow and steady tapi menjadi kan? haha!

6. Sentiasa Ada Perasaan Hormat

hormat tak semestinya hanya pada orang yang lebih tua daripada kita jer..budak budak pun kita kena lah jugak hormat.kalau tak macam mana dorang nak hormat kita kan? contoh seorang ibu bertindak tegas dalam pelajaran anak nya sehingga kan membuat paksaan untuk belajar dan sebagainya.woo,boleh gila jadinya anak dia nanti.hey! perkara ni betul betul berlaku tau.serious mental budak tuh jadinya.so ibu dia sepatutnya kena lah hormat diri anak dia yang perlukan hiburan dan sebagainya.tak kan laa 24jam kena mengadap buku jer kan.hormat dari segi masa nya,diri dia dan situasi seseorang.

kalau korang nak orang hormat korang,korang kena belajar untuk hormat orang lain.then baru korang dapat respect dari orang lain.yer lah tak kan kita nak hormat orang yang tak reti reti nak hormat diri kita kan? sebab tu lah terjadi nya banyak pergaduhan dan sebagainya.salah diri sendiri jugak kan? memang tak cool kalau gaduh gaduh ni.orang akan pk korang adalah manusia yang bermasalah.so cuba belajar hormat pada orang lain and once u get a respect.then people will say that you are cool! :)

7. Sentiasa Bersikap Tebuka Dalam Persahabatan

kebanyakan kawan kawan saya dan kawan kepada kawan saya dan err semua semua lahh yang saya pernah kenal.eh cop,tak semua.hanya kebanyakan. :) mesti memilih kawan yang top top.bila saya tanya kenapa,jawapnya 'boleh tumpang nama sekali','best sebab dia slalu belanja aku','ntah aku rasa group dia hebat giler'.oh-so-lame lahh mereka mereka yang berfikiran macam ni.hey kalau korang berkawan dengan pelbagai bangsa,agama dan tidak memilih jenis yang tertentu korang memang hebat dan tak mustahil korang akan jadi seorang yang cool!

tak semestinya korang berkawan dengan orang yang tertentu ( cth ; girly,nerdy,weird and etc) orang akan pk korang sama macam dorang unless korang memang seakan macam dorang lah kan.macam saya bagitahu kat point pertama ; just be yourself! lagi ramai kawan yang bermacam macam jenis orang lagi banyak korang boleh discover tentang manusia tau and it is fun! macam saya,saya tak pernah limit kan diri saya dalam berkawan.tak kisah tua,muda,miskin,kaya,normal,tak normal...bagi saya sekali kawan selamanya kawan.baru lah cool! :)

8. Sentiasa Ada Perasaan Merendah Diri

haha ada ke orang yang anggap orang yang berlagak dan bongkak tu cool? confirm lah tidak kan.rasa nak bunuh jer ade lar.wohow..actually saya adore dengan orang yang suka merendah diri.*oh oh tetibe plak kan* oh out of topic sudahh.so! untuk menjadi seorang yang cool korang kena tanam sikap merendah diri dalam diri korang.jangan nak tau berlagak tak tentu pasal.orang akan menyampah lagi benci korang nanti.hasudaahh pulak kann.lagipun orang yang merendah diri akan nampak personaliti yang sangat bagus lahh. :)

ohkey tak cukup dengan penerangan saya bagi contoh ;

amin : sam, aku nampak kau ni terer lah buat math.tolong ajar aku?
sam : mane ada terer,aku buat sebaik boleh jee.tengok lah mana mana aku boleh tolong aku tolong ok.
*perasaan nak belajar dengan sam macam best jer*

cube saya tukar dengan sam yang berlagak

amin : sam,aku nampak kau ni terer lah buat math.tolong ajar aku?
sam : well,tengok orang ar kann.aku memang terer bab bab math ni.kau tanya jer pasal math mesti aku boleh jawap punye lah.meh aku ajar kau.
*errr kalau saya jadi amin.saya tak nak dia ajar.meluat dan menyampah jer!*

so sikap merendah diri sangat lah cool! :)


ok, saya rasa ini je lah yang dapat saya kongsikan dengan korang semua.amacam? komen lah! :)

Saturday, May 21, 2011

fasa cinta

mungkinkah anda tergolong dlm golongan yang mengalami fasa seperti ini atau bakal alaminya???jeng3...

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-indah ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp…!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN?.. DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus lah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR CHANNEL BOLE TAK..?

Jalan Bersama :
6 minggu: Yang, meh I pegang tangan you, bahaya jalan kat sini ni..
6 bulan : Kita jalan biar ada space sket, rimas rasa kat sini.
6 tahun: YOU PAKAI PERFUME TAK HARI…APASAL BAU BAWANG JE NI..?

Pakaian:
6 minggu: Yang, kita pakai warna sama sedondong ya..
6 bulan: Alamak baju tu I tak jumpa lah..
6 tahun: EH KUMPULAN BORIA KE PULAK NI..

Kemas Rumah:
6 minggu: baby, jom I tolong u kemas rumah sama-sama ya.
6 bulan: kemas dulu, nanti I tolong.
6 tahun: Tak berapa pandai lah kemas rumah ni..buat sendiri je lah

Beli Kereta :
6 minggu: Yang suka keta apa? kita beli yang paling best untuk kita ya
6 bulan: Keta ni banyak kelebihan banding keta tu
6 tahun: KALAU TAK BERKENAN NAIK TEKSI JE LAH

Duit :
6 minggu: eh yang nah guna duit I dulu lah, tak kisah.
6 bulan: pakai duit awak dulu, nanti saya ganti
6 tahun: AIIIK DAH HABIS DAH DUIT TU…BIAR BETOL

haa...ni yg slalunye brlaku...tp kan mesti best klu camni :

6 minggu : akhirnya tercapai jugak impian sy untuk memiliki awak...
6 bulan : bahagia sy rasa...rasa cinta dihati ni makin berputik..terima kasih awak krn sudi berkongsi hidup ngan sy...
6 tahun : sayang...trima kasih sebab bagi sy ank2 yang comel...jgn rsau, sy janji, sy akan bg yg trbaik untuk keluarga dan saya tetap cintakan awak sampai bila2...

sbnrnye, kite yg boleh mencorak cinta kita sndiri...mse skrg ni ramai yg bercinta bagai nak rak sebelum kawin, tp bile dah kawin, rase boring ngan psgn masing2...de yg lagi teruk, x jd kawin pun bile sakan bercinta...
papepun, tu norma manusia...klu xde pgalamn, masakan cinta tu boleh sempurna...tul x?so fikir2knla fasa cinta ape yg akan dicorakkan...

5 jenis cinta

1. Cinta Pertama
 Ok..cinta pertama ni semua owng akan rase...cume yg membezakannya, ialah masa ngan cara die jatuh cinta..ade orang yang betul2 setia dan menganggap cinta pertama ni jugak adalah cinta terakhir diorg...sekilas die jatuh hati kat seseorang, terus die akan berusaha mendapatkan dan menjaga cintanya... Tapi ade jugak yg drpd cinta pertama, leh pulak de cinta kedua...ketiga n seterusnya...

2. Cinta Monyet
Cinta ni majoriti orang ade...cinta ni jugak dinamekan cinta budak2...yela...cinta yang dapat mase tengah sekolah...Mase ni la remaja mula nak berjinak-jinak ngan cinta n mule jatuh hati kat seseorang...Peratusan cinta ni berjaya ke x sukar dipastikan...bergantung pada keikhlasan pasangan masing2...

4. Cinta Sejati
Untuk cinta sejati ni, masing2 ade definisi tersendiri...bg aku, mungkin cinta sejati ni adalah mencintai seseorang kerana Dia...dia mencintai si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati tetapi cintanya itu hanyalah sekadar batasan cinta sesama manusia dan seperti dianjurkan Islam...dia akan setia mencintai pasangan & sanggup lakukan ape sahaja demi menjaga cintanya sampai keakhir hayatnya...Memang bertuah bg sesiapa yg mempunyai cinta sejati ni...
 

5. Cinta Tiga Segi
Ni tergolong dalam kategori bahaya...mencintai seseorang tapi dalam mase yg same mncintai orang lain gak atau pun orang yg dicintai tu mencintai orang lain...

cara mengelakkan diri daripada menurut hawa nafsu

 
Ada beberapa cara yang boleh kita ambil untuk menggelakkan kita daripada menurut hawa nafsu : 
  • Mengelak daripada segala perkara yang boleh menaikkan nafsu sendiri seperti menonton filem lucah dan tinggal bersendirian
  • Banyakkan membaca Al Quran serta mendalami ilmu agama.Dengan harapan kita bebas daripada nafsu kejahatan syaitan yang sentiasa menggoda
  • Berpuasa untuk mengelakkan diri daripada kejahatan  nafsu
  •  Elakkan bertemu dengan teman lelaki secara sendirian tanpa mahram kerana ini memudahkan syaitan menggoda nafsu manusia kearah kejahatan

rahsia mengekalkan hubungan jarak jauh

Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.


1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.


2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.


3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN
Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.


4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.


5. REALITI
Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing.

11 cara mengekalkan kesegaran CINTA

1. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

2. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

3. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

4. Semua Orng Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

5. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

6. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

7. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

8. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

9. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

10. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

11. Dekati hobi kekasih anda, dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.

kenapa lelaki CURANG???

Hambo ada terbaca kes-kes wanita curang dalam perhubungan di dada-dada akhbar, dah jadi macam satu trend pula...

tapi bukan semua wanita begitu, dan bukan juga semua lelaki macam tu...daripada depa duk karut-karut cerita perempuan punya hal...jom kita dok tambah pengalaman awat laki sekarang jadi lagu tu...

Pertama sekali, lelaki ni pantang ada peluang dan kemampuan tak kiralah wang atau waktu. Kebiasaannya lelaki ni suka kepada perempuan yang boleh menjadikan mereka lebih segar dan lebih bermotivasi dalam menjalani liku-liku seharian bekerja, tapi bukanlah depa tak rasa bersalah buat macam tu, sebelah tangan berasa sangat bahagia dengan cinta yang baru dimiliki, sebelah tangan lagi penuh dengan rasa bersalah. Hal ini berlaku secara spontan di mana lelaki memikirkan mengapa harus dilepaskan peluang keemasan ini...ditambah dengan dugaan godaan yang melampau dan peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba...

Keduanya, lelaki ni bukanlah jenis yang merancang untuk berlaku curang pada awalnya. Dorongan untuk mencurangi pasangannya muncul secara spontan juga, mereka melirik kepada wanita lain kerana menafsirkannya sabagai cabaran baru dalam pengembaraan percintaan yang bakal dilaluinya secara berbeza dari segala segi. Mereka merasakan hidup kembali muda, ditambah dengan hormon-hormon yang berkurangan apabila pertambahan usia. Sikap kurang keyakinan diri serta tekanan hidup setelah meningkat usia 40 tahun menyebabkan faktor ini berlaku. Patutlah datuk-datuk dok kejar artis cun melecun top meletop sekarang ni...

Ketiganya , sekadar untuk mengisi kebosanan, biasalah kalau dah lama-lama tu, hubungan pun menjadi hambar. Bagi lelaki, kehambaran yang berterusan mampu membangkitkan keghairahan kepada perkara lain, yang ni hambo setuju sangat, secara tidak langsung, ia memberi kekuatan dan keberanian untuk berlaku curang. Jika sudah ada ubat berani, apa pun halangan sedia ditempuhi...

Keempat, misi membalas dendam, yang ni hambo memang tak suka...perkara ni bukan sahaja membawa masalah, tapi membawa kepada masalah yang lebih besar...inilah orang kata masalah diselesaikan dengan mencari masalah...bagi lelaki sebegini biarlah porak-peranda, janji hati puas..ada ke macam tu?
Kelimanya ialah mempunyai iman yang tidak kuat....sekali terhidang dapatlah ditolak...bagaimana pula kalau sudah berulang-ulang kali..ada juga pakcik yang pangkat bapak hambo mahunya lebih dari tu berkata " kalau gitu gayanya, pakcik pun tak tahan nak " , tapi bukan tu masalahnya, yang jadi masalahnya, berapa ramai saja lelaki yang kuat mentalnya..fizikal tak perlu cakaplah...memang depa kuat...sehingga akhirnya kecundang jua...hambo nak petik kata-kata seorang hambo ALLAH... " masalah itu bukanlah masalah tapi penyelesaian itulah yang menjadi masalah ".

Akhir sekali, kecurangan inilah yang menjadi perkara yang amat-amat mereka sesali bagi spesis-spesis lelaki curang ni....innalillahiwainnahirajiun....

7 cara mengekalkan cinta jarak jauh

letakkan beberapa peraturan asas . pastikan hubungan anda berdua bersifat terbuka supaya x ada sebarang perasaan terselindung antara anda berdua . bincangkan tentang bagaimanakah bentuk hubungan yang anda berdua inginkan , juga tetapkan berapa kerapkah anda berdua ingin berhubungan dan adakah acara2 yang istimewa yang perlu disambut bersama ? pastikan anda peka tarikh pertemuan anda dengan si dia .
hantar email . ini adalah cara paling mudah dan menjimatkan . buah hati anda boleh menyimpan surat tersebut dan membukanya pada bila2 masa , dan tentunya anda boleh hantar bukan sahaja surat tetapi juga gambar2 terbaru anda . untuk kelainan , anda boleh juga hadiahkan kepadanya CD ataupun kaset yang mengandungi lagu2 ataupun mesej2 romantik ciptaan serta nyanyian sendiri . selain itu , anda boleh juga membuat jigsaw puzzle daripada kad yang mengandungi kata2 romantik dan hantar kepada yang tersayang satu persatu . biarkan dia mengumpulnya sehingga lengkap kesemuanya . tentu menyeronokkan , buah hati anda pasti teruja :]
aturkan agar anda berdua menonton rancangan yang sama pada satu2 masa . ini adalah cara yang unik untuk saling berhubungan . anda berdua kemudiannya bolehlah mengulas tentang rancangan tersebut sama ada melalui ruangan chatting ataupun menerusi email . dengan cara ini tanpa anda sedari , anda akan berasa sentiasa gembira dan rasa seperti dia ada di sisi tanpa menyedari yang sebenarnya si dia jauh nun di seberang sana :]
jangan bergaduh tentang perkara yang remeh temeh
. elakkan daripada membesar2kan hal yang x sepatutnya . seboleh2nya jangan bergaduh . keadaan seperti ini hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana masing2 tidak mampu bersua muka untuk menjernihkan yang keruh . misalnya , jangan marah x tentu hala jika si dia x telefon pada waktu yang ditetapkan . selidik dulu sebabnya . mungkin ada perkara yang x diingini telah berlaku . ini adalah perkara yang sering dialami oleh kebanyakan pasangan yang tinggal berjauhan .

belajar terima kenyataan . jika telah ditakdirkan anda berjauhan dengan si dia , jangan terlalu tertekan . belajar mendekatkan diri dengan si dia walau apa cara sekalipun . jangan salah anggap semua yang berlaku sebagai penghalang hubungan anda berdua . sebaliknya , anggaplah semua itu sebagai pemangkin cinta anda berdua <
x semua diberi dugaan macam ni , hanya orang2 yang kuat aje , jadi korang kena beruntunglah kalau korang dapat dugaan macam ni , kiranya korang kuat tu suka x , suka x , ceceh :p >
sekiranya anda ada masalah , beritahu si dia . < sya private msg hamba time macam ni , sat2 , heheh , bagi lagu pula tu , wah terharunya :] meleleh air liuq serta sinus hamba :]] > jangan sembunyikan , berbincanglah bersama2 si dia . ini adalah lebih baik daripada anda pendam sendiri masalah tersebut kerana melalui nada suara anda , pasangan mungkin akan dapat rasa seperti ada sesuatu yang x kena . jika anda tidak memberitahunya perkara sebenar , dia mungkin beranggapan sesuatu yang x kena itu ada hubung kaitnya dengan perhubungan anda berdua dan tanpa anda sedari ini mungkin titik mula kepada keadaan lebih buruk yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga .

rancang percutian mengejut .
sekali sekala, rancanglah percutian mengejut tanpa si dia sedari . mungkin anda boleh minta tolong pegawai atasannya memberi arahan padanya untuk kerja di luar daerah padahal anda yang merancang percutian tersebut . dia tentu akan terkejut dan kasih sayangnya pada anda akan tambah mendalam .

Friday, May 20, 2011

tentang cinta

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.


4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.


5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.



6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.


7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.


8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.


9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.


10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.


11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.


12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

benarkah cinta itu menyakitkan??

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.


Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

10 resepi rahsia cinta


1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?


8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

kepercayaan CINTA?

Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.
 
Faktor 1 – KonsistenKamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh â€Ëœmenjeratâۉ„¢ kamu. Siapa tahukan!


Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh â€Ëœmengawalâۉ„¢ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.



Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.




Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.



Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.



Faktor 6 – Perlu dimengertikanSebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.


Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.



Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!



Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.



Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.



Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.



Faktor 12 – Tulus dan jujurKetulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh â€Ëœmenangkapâۉ„¢ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.


Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.



Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.



Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.



Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan â€Ëœbergegarâۉ„¢ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.



Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.



Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmmâ€Â¦ hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.



Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu â€Ëœpokaiâۉ„¢ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.



Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

10 petanda si dia jodoh anda

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

kejujuran bukti cinta sejati

PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yang buruk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapat mencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala masa lalu anda dan melupakannya!

Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
  • Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda.
  • Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu.
  • Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda.
  • Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini.
  • Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta.
  • Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.

Tuesday, May 17, 2011

kek dan coklat my favorite..














urrrmmm...nyum..nyumm..sdppppnyeerrrr...mmmmm...sdp3...nk ase??amik sndri..huhuuu..oh nnoooooo...stop eat!!!!mknn cmniee,,mnggemukkan..kolestrol taww..jgn amik lbh2..huhuu..^_^

Doa penghindar syaitan

Cara-Cara Hendak Mengelakkan Diri Daripada Gangguan Syaitan.
Syaitan memanglah bertugas untuk menganggu dan mengoda anak Adam sampai hari akhirat. Kita sebagai seorang muslim wajib percaya adanya jin, iblis dan syaitan. Barang siapa yang tidak percaya kewujudan makhuk ini juga akan membawa kepada terjejasnya akidah. Cuma kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah s.w.t hendaklah faham bahawa mereka juga makhluk Allah seperti manusia , malaikat , binatang, tumbuhan dan makhluk lain yang tidak mempunyai apa-apa kuasa tanpa izin Allah s.w.t. Kita hanya perlu meminta,berharap dan takut kepada Allah s.w.t sahaja. Sesiapa yang meletakkan harapan kepada selain dari Allah s.w.t maka mereka tergolong daripada golongan musyrikin. Kita boleh mengelakkan diri daripada gangguan syaitan dengan melakukan perkara-perkara berikut:

* Sentiasa berada dalam keadaan berwudu' sepanjang waktu.

* Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t khususnya apabila hendak melakukan sesuatu perkara seperti makan,minum, keluar rumah, naik kenderaan,tidur, bersama isteri dan lain-lain lagi.

* Sentiasa berzikir yakni mengingati Allah s.w.t ( tidak lalai ).

* Sentiasa membaca al-Quran , sekurang-kurangnya 10 ayat sehari kerana syaitan tidak akan mengunjungi rumah yang dibaca dalamnya surah al-Baqarah selama tiga hari. Rumah yang tidak dibaca al-Quraan di dalamnya maka ia dianggap sebagai kubur.

* Sentiasa membaca ayat Qursi,surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.

* Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat kerana ahli maksiat itu sangat digemari oleh syaitan.

* Sentiasa berusaha untuk melakukan segala suruhan Allah s.w.t. ( perkara fardhu seperti solat, tutup aurat dsb)

* Jangan tinggal bersendirian sebaliknya sentiasalah berada dalam kumpulan atau jamaah.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang sunyi.

* Elakkan diri daripada berada di tempat yang gelap.

* Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat kotor ( tandas ).

* Elakkan diri daripada tempat yang terlalu ramai orang seperti pasar.

* Apabila terdengar bisikan atau lintasan daripada iblis hendaklah segera mengingati Allah s.w.t.

cinta sejati..

CINTA BUKANLAH DARIPADA KATA-KATA TETAPI SEGUMPAL KEINGINAN YANG
DIBERIKAN KEPADA HATI YANG MEMERLUKAN
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan
siapa dia sebelumnya.Malah kisah lampau yang berlaku tidak perlu
diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.
Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah,tetapi
untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.Ikuti tip
bagi memelihara CINTA SEJATI… ..

1. PILIH PASANGAN YANG SESUAI
Jangan sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu
banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan
mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai
dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak,buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2.JANGAN TERBURU-BURU
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan
seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.

3.PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau
perkara yang diingininya. Misalnya jika pasangan membuat suatu
pernyataan seperti,’ Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik’,
percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: “Adakah dia sudah bersedia
menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya
kemudian baru mengingati aku.”

4.TUTUP MULUT
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan
kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara
sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan
hubungan emosional anda berdua.

5.TERIMA SEADANYA
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu
bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi
amalkan date night sekali seminggu.

6.JADI PEMERHATI
Bersikap pemerhati kepada pasangan. Cuba memerhati dan memahami
tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan
berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7.BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada
pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.

8. MR. RIGHT KEMBALI
Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu
masa dahulu,tiba- tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk
diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang
dan memaksa diri membuat keputusan.
Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah
silan dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.

9.BUKAN PERIGI CARI TIMBA
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang
keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda
haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang
berlaku dalam perhubungan.

10.HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan.
Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis
atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.
.

apa itu CINTA??

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.